BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6hb Mei 2021M – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 1442(H) bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjong Bunut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Tetamu Kehormat. Bacaan Khatam dimulai dari surah Adh-Dhuha sehingga surah An-Nas dan dikir Marhaban dipimpin oleh Imam Awang Saufi bin Haji Suhaini, Imam Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjong Bunut yang juga membaca Doa Khas dan Doa Peliharakan Sultan. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada Tetamu Kehormat kepada Imam Masjid tersebut dan seterusnya berbuka puasa.

Turut hadir di Majlis ini ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Majlis Ugama Islam, Pegawai dan Kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam dan juga para jemputan yang lain.

Majlis diadakan bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan dengan bertadarus oleh Pegawai dan Kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Majlis ini juga diadakan untuk mengambil keberkatan bagi meraih ganjaran pahala yang belipat kali ganda dalam bulan suci Ramadan.

admin
Author: admin