Membukakan peluang kepada pengusaha tempatan samaada pengusaha mikro, kecil dan sederhana atau pengusaha yang mahu memperkembangkan lagi perusahaan mereka.
Awda perlu menghantar cadangan usaha atau perniagaan yang ingin diperkembangkan dengan lengkap termasuk pelan jangka masa pendek dan panjang, penyata kewangan 3 tahun kebelakangan (jika ada) dan sebagainya.
Perniagaan atau perusahaan yang diceburi hendaklah patuh syarak dan tidak ada unsur-unsur riba, perjudian dan penipuan.
Untuk makluman dan pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Seksyen Pelaburan dan Pengurusan Hartanah di talian 222 7265 / 222 7284 atau HP 7287357, pada waktu pejabat atau datang terus ke Pejabat Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam di Unit 19, Blok B, BT Kota Batu Satu, Bangunan Perdagangan BaitulMal, Jalan Kota Batu, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.