MAJLIS MAKAN MALAM BTHMUI DAN ANAK SYARIKAT 2016

Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam telah mengadakan majlis makan malam tahunan bagi tahun 2016 pada 14 Januari 2017 bertempat di Rizqun International Hotel. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat, Pengarah BTHMUI Yang Mulia Tuan Hj Mohammad Jaafar bin Hj Johari, pegawai dan kakitangan BTHMUI dan Anak Syarikat Stesen Minyak dan Perniagaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah BTHMUI dan disertai dengan majlis penghargaan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di BTHMUI selama 20, 15, 10 dan 5 tahun.

Majlis kemudian diteruskan dengan Bacaan Doa Selamat oleh pegawai BTHMUI, Awg Mohd Adi Asnawi bin Awg Adanan. Majlis bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan daripada BTHMUI dan Anak Syarikat BTHMUI, Stesen Minyak dan Perniagaan.

    Author: