SEMAKAN SEMULA PRESTASI 2016 DAN PERANCANGAN 2017
Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam telah mengadakan Semakan Semula Prestasi 2016 dan Perancangan 2017 pada 17 Januari 2017 bertempat di Rizqun International Hotel. Mesyuarat dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan BTHMUI dan pegawai dan kakitangan daripada anak syarikat BTHMUI, Stesen Minyak dan Perniagaan.
Semakan Semula Prestasi 2016 dan Perancangan 2017 ini dibentangkan oleh beberapa pegawai dan kakitangan dari setiap seksyen termasuk Stesen Minyak dan Perniagaan. Mesyuarat bertujuan untuk menganalisa prestasi tahun lalu dan mengenalpasti samaada sasaran yang telah ditetapkan mencapai matlamatnya ataupun melalukan penambahbaikkan. Mesyuarat juga disertakan dengan pembentangan perancangan setiap seksyen dan anak syarikat bagi tahun 2017.
