AKTIBITI AMAL DI MASJID PENGIRAN ANAK HAJI MOAHMMED ALAM, KG SENGKARAI.

Aktibiti memanam 50 anak pokok di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam
Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam telah mengadakan aktibiti menanam anak pokok di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai Tutong pada 25 Mei 2017.
Aktibiti tersebut diketuai oleh Pengarah Badan Tanmiah, Tuan Haji Mohammad Ja’afar bin Haji Johari dan dihadiri oleh pegawai – pegawai dan kakitangan Badan Tanmiah serta beberapa orang ahli jawatankuasa masjid.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah dan diteruskan dengan aktibiti menanam 50 anak pokok di persekitaran masjid. Pihak Badan Tanmiah turut menyerahkan beberapa peralatan kebun sebagai wakaf bagi kegunaan masjid. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat diketuai oleh Imam masjid tersebut.
Selain daripada beriadah dan beramal, aktibiti ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menyemai sikap pemedulian dan bergotong royong dikalangan pegawai – pegawai dan kakitangan Badan Tanmiah.

    Author: