MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS LOT 48827, KG PENGKALAN GADONG

Majlis perletakan batu asas untuk pembinaan satu unit  rumah 3 tingkat di atas tanah milik Baitulmal Lot 48227, Spg 51-10, Kampong Pengkalan Gadong telahpun diadakan pada hari Isnin, 20 Rejab 1438H bersamaan 17 April 2017M yang diungkayahkan oleh Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Juga turut hadir ialah Ahli – Ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Pegawai – Pegawai Kanan dari Jabatan Majlis Ugama Islam, Pengarah, Pegawai – Pegawai serta Kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam dan Stesen Minyak dan Perniagaan Badan Tanmiah.

Pembinaan rumah ini adalah salah satu daripada pelan strategik pelaburan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam,  yang juga bertepatan dengan misi Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, bagi maksud menjana pendapatan yang tetap yang menjurus kepada pembangunan sosio – ekonomi umat Islam di Negara Brunei Darussalam. Projek ini dijangka siap dalam masa 12 bulan.

    Author: