INFAQ RAMADHAN 1445H / 2024M





BTHMUI telah selesai melaksanakan aktiviti infaq Ramadhan CSR. Dalam usaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan, BTHMUI telah turut serta menyumbang dalam program infaq Ramadhan kepada 20 orang keluarga yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Brunei di kawasan Daerah Temburong.
Tujuan program diadakan adalah bagi menyemarakan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan maghfirah dengan kegiatan kesejahteraan sosial.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Syarikah Labisah Sdn Bhd yang turut serta menyumbang dalam usaha ini. Kerjasama dan sokongan dari semua pihak sangatlah penting dalam menjayakan program infaq Ramadhan CSR ini.
Dengan adanya aktiviti infaq Ramadhan CSR ini, BTHMUI berharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan dan turut menyebarkan kebaikan serta kasih sayang di bulan yang penuh berkat tersebut.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang telah turut serta dalam program infaq Ramadhan CSR ini. Semoga amalan kebaikan kita semua diberkati oleh Allah SWT.