MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN BADAN TANMIAH HARTA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ANAK SYARIKAT
Majlis Penghargaan Perkhidmatan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei telah diadakan di The Rizqun International Hotel.
Hadir sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Brunei.
Majlis diadakan bagi meraikan dan menghargai Mantan-Mantan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah dan Pengarah atas sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam mengembangkan Badan Tanmiah dan anak syarikatnya. Turut diraikan dalam majlis tersebut, Pegawai dan Kakitangan yang telah lama berkhidmat bersama Badan Tanmiah dan anak syarikat. Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderahati-cenderahati penghargaan kepada penerima-penerima oleh Tetamu Kehormat.
Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Mantan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah, Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengarah serta Pegawai dan Kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam dan anak syarikatnya, Stesen Minyak dan Perniagaan Badan Tanmiah.
Semenjak mula penubuhan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei pada tahun 1994, badan ini mula giat memperkembang sebahagian daripada harta baitulmal melalui perancangan teratur dan pelaburan patuh syara’ seperti kemajuan tanah-tanah baitulmal dan penubuhan anak syarikat.